Friday, August 27, 2010

Tafsiran Penyata Kewangan

1. Bermaksud menganalisa Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira.

2. Bertujuan untuk mengukur prestasi dan kedudukan kewangan perniagaan antara tempoh perakaunan atau antara perniagaan yang sama jenis.

3. Dapat merancang dan mengawal aktiviti yang dijalankan.

4. Pihak pengurusan dapat mengetahui;

a. Kadar keuntungan atas jualan.
b. Kadar pulangan atas modal yang etlah dilaburkan.
c. Kedudukan aset berbanding liabiliti yang perlu dilangsaikan.
d. Kecekapan pengurusan dalam mengendalikan perniagaan.

5. Pihak pemiutang / pemberi pinjaman dapat ;

a. Mengetahui kemampuan perniagaan menjelaskan hutang atau pinjamannya.
b. Membantu membuat keputusan untuk memberi kredit atau pinjaman.

6. Pihak pelabur / bakal pelabur dapat ;

a. Membuat keputusan melabur.
b. Menambah pelaburan atau menjual pelaburan.
c. Mengetahui kedudukan sesebuah perniagaan sama ada kukuh atau sebaliknya.
d. Mengetahui kadar pulangan atas setiap ringgit yang dilaburkan.

ANALISIS NISBAH

Ø Proses mengira dan mentafsir nisbah-nisbah yang telah dikenal pasti untuk mendapatkan petunjuk berkenaan kedudukan kewangan sesebuah perniagaan.

Ø Menilai kaitan antara satu angka perakaunan dengan satu angka perakaunan yang lain.

1. Nisbah Untung

Menunjukkan kadar untung /pulangan yang diperoleh.

a. Peratus Untung Kasar atas Kos Jualan (Tokokan)

- Mengira peratus penambahan kepada kos jualan dalam menentukan harga jualan.

- Dinyatakan dalam bentuk peratus.

- Tokokan = (Untung Kasar / Kos Jualan ) x 100

b. Peratus Untung Kasar atas Jualan (Margin Untung Kasar)

- Mengukur untung kasar yang diperoleh daripada setiap ringgit jualan.

- Mengukur keuntungan daripada jualan barang sebelum mengambil kira lain-lain belanja.

- Peratus untung kasar kepada jualan bersih.

- Dinyatakan dalam bentuk peratus; nilai yang tinggi lebih bagus.

- Margin Untung Kasar = (Untung Kasar / Jualan ) x 100

c. Peratus Untung Bersih atas Jualan (Margin Untung Bersih)

- Mengukur untung bersih yang diperoleh daripada setiap ringgit jualan.

- Mengukur keuntungan keseluruhan perniagaan.

- Peratus untung bersih kepada jualan bersih.

- Dinyatakan dalam bentuk peratus; nilai yang tinggi lebih bagus

- Margin Untung Bersih = ( Untung Bersih / Jualan ) x 100

d. Pulangan atas Modal (Pulangan atas Pelaburan)

- Mengukur kadar pulangan atas setiap ringgit modal yang dilaburkan.

- Mengukur pulangan pada pelaburan modal untuk satu tempoh tertentu.

- Dinyatakan dalam bentuk peratus; nilai yang tinggi lebih bagus (perniagaan berupaya menguruskan modal dengan lebih cekap).

- Pulangan atas Modal = ( Untung Bersih / Modal awal ) x 100

2. Nisbah Kecairan

Mengukur kemampuan perniagaan dalam membiayai tuntutan hutang jangka pendek dan menyediakan tunai apabila diperlukan.

a. Nisbah Semasa

- Membandingkan aset semasa dengan liabiliti semasa.

- Mengukur kemampuan firma menjelaskan hutang jangka pendek (liabiiti semasa)

- Dinyatakan dalam bentuk pecahan atau nisbah; lebih dari 1 bagus (bermakna pemiutang bagi menilai kemampuan bayar balik hutang sesebuah perniagaan).

- Nisbah Semasa = Aset Semasa / Liabiliti Semasa

3. Nisbah Kecekapan

Menunjukkan kecekapan pihak pengurusan dari segi pengurusan stok.

a. Kadar Pusing Ganti Stok

- Mengukur kecekapan pihak pengurusan mengendalikan stok iaitu berapa kali stok digantikan setelah habis dijual dalam sesuatu tempoh.

- Kiraan kali, bulan dan hari; nilai yang tinggi lebih bagus (apabila pusing ganti stok tinggi, tempoh simpanan stok berkurang dan sebaliknya).

- Jika stok awal tiada, maka stok akhir menjadi stok purata.

- Stok Purata = (Stok Awal + Stok Akhir) / 2

- Kadar Pusing Ganti Stok = Kos Jualan / Stok Purata (bilangan kali)

No comments:

Post a Comment